Nyatakan dua golongan diperintah yang terdapat dalam struktur masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Rakyat dan hamba
Nyatakan dua golongan pemerintah yang terdapat dalam struktur masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan dan pembesar
Nyatakan dua ciri-ciri tokoh terbilang.
Gigih, mempertahankan kedudukan negara, berkorban untuk negara
Nyatakan dua peranan laksamana.
Mengetuai angkatan tentera laut, menjaga keamanan perairan Melaka dan keselamatan para pedagang, menjadi duta negeri, mengetuai utusan rasmi ke luar negara
Namakan Sultan yang dianggap sebagai tokoh terbilang semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Parameswara, Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah
Namakan sultan yang telah berjaya menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam.
Sultan Mansur Shah
Siapakah yang dilantik sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu?
Sultan
Struktur masyarakat Kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagikan kepada dua golongan. Apakah golongan tersebut?
Golongan pemerintah dan golongan diperintah
Apakah tugas Bendahara Tun Perak pada masa kini?
Perdana Menteri
Apakah gelaran Hang Tuah sebagai pembesar?
Laksamana
Apakah yang dimaksudkan dengan tokoh terbilang?
Individu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat
Siapakah yang membantu Sultan menguruskan pentadbiran negeri Melaka?
Bendahara
Your experience on this site will be improved by allowing cookies.