Study

NEURON & PENGHANTARAN IMPULS MERENTASI SINAPS

  •   0%
  •  0     0     0

  • Sinaps ialah ruang sempit yang terdapat di antara dua neuron. A) Betul B) salah
    A) Betul
  • Isyarat elektrik ditukar kepada isyarat kimia dalam bentuk neurotransmiter dan ditukar kembali ketika di neuron penerima. Nyatakan penyataan tersebut BETUL atau SALAH.
    Betul
  • Rajah 1 menunjukkan struktur bonggol sinaps. Apakah struktur P dan fungsinya? A) Mitochondrion - Menghasilkan tenaga untuk pemindahan impuls merentasi sinaps B) Mitochondrion - Memindahkan impuls ke badan sel
    A) Mitochondrion - Menghasilkan tenaga untuk pemindahan impuls merentasi sinaps
  • Impuls ialah gelombang cas positif yang dialirkan di sepanjang akson ke ............ A) dendrit B) mitokondrion C) bonggol sinaps D) vesikel sinaps
    C) bonggol sinaps
  • Neurotransmiter meresap melalui sinaps. Apakah yang akan berlaku selepas proses tersebut? A) Bergabung dengan protein reseptor B)Merangsang pencetusan impuls yang seterusnya C) Vesikel sinaps dirangsang utk membebaskan neurotransmiter lain
    A) Bergabung dengan protein reseptor
  • Berikut adalah neurotransmiter, KECUALI.... A) adrenalina B) serotonin C) asetilkolina D) noradrenalina
    A) adrenalina
  • Bagaimanakah impuls elektrik dihantar melalui sinaps? A) Impuls elektrik, bonggol sinaps, vesikel sinaps, neurotransmiter, sinaps B) Impuls elektrik, bonggol sinaps, vesikel sinaps, mitokondrion, sinaps
    A) Impuls elektrik, bonggol sinaps, vesikel sinaps, neurotransmiter, sinaps
  • Apakah impuls? A) Cabang pendek dari badan sel B) Gentian neuron yang terdapat dalam sistem saraf pusat C) Celah sempit yang memisahkan bonggol sinaps dari neuron D) Gelombang cas positif yang dialirkan di sepanjang akson ke bonggol sinaps
    D) Gelombang cas positif yang dialirkan di sepanjang akson ke bonggol sinaps
  • Apakah kepentingan sinaps? A) Memisahkan neuron penghantar dengan neuron penerima.B) Memastikan impuls dapat dihantar dengan cara kimia. C) Memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah sahaja.
    C) Memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah sahaja.
  • Apakah bahagian neuron yang menerima impuls daripada neuron penghantar lalu mencetus impuls yang dipindah oleh neuron penerima? A) Akson B) Badan sel C) Dendrit D) Salut mielin
    C) Dendrit
  • Bonggol sinaps terdapat di akson terminal dan mengandungi vesikel dan mitokondrian. Vesikel ada neurontransmiter iaitu badan penghantar impuls. A) Betul B) Salah
    A) Betul
  • Apakah bahagian neuron yang mengandungi vesikel sinaps? A) Bonggol sinaps B) Salut mielin C) Nodus RanvierD) Badan sel
    A) Bonggol sinaps
  • Sinaps adalah... A) Satu celah sempit yang memisahkan bonggol sinaps daripada neuron yang menerima impuls B) Badan sel yang terdapat dalam jirim kelabu saraf tunjang C) Sistem saraf yang terdiri daripada berjuta sel saraf
    A) Satu celah sempit yang memisahkan bonggol sinaps daripada neuron yang menerima impuls
  • Pemancaran impuls merentasi sinaps adalah secara kimia. Apakah bahan kimia tersebut?
    Neurotransmitter
  • M berfungsi untuk menghantar maklumat merentasi sinaps. Apakah M? A) Adrenalina B) Noradrenalina C) Mitokondrion D) Insulin
    B) Noradrenalina