Study

Kata Ganti Nama Diri

  • The selected game type is invalid.
  •   0%
  •  0     0     0

  • Dato' Iman seorang usahawan yang berjaya. ______ suka menolong orang miskin.
    Kami
    Beliau
    Baginda
  • "Biar _______ tunjukkan jalan ke rumah Laksamana Hang Tuah," kata Hang Lekir kepada seorang pedagang.
    patik
    hamba
    beliau
  • "______ perlu hormat-menghormati antara satu dengan yang lain," kata Cikgu Nila kepada murid-muridnya.
    Kita
    Kamu
    Dia
  • "Saya ingin menjemput ______ ke majlis hari lahir saya," kata Yi Wei kepada Faridah.
    awak
    mereka
    saya
  • "____________ berjanji akan belajar bersungguh-sungguh," kata Vincent kepada guru mata pelajaran Matematik.
    Dia
    Saya
    Mereka
  • _______ berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri selama enam tahun.
    Tuanku
    Baginda
    Beliau
  • _______ buku saya.
    Sini
    Ini
  • "___________ berasal dari Pulau Pinang," kata pemuda itu kepada Pak Halim.
    Saya
    Kami
    Kita
  • "Sila duduk, ______ akan dilayan sebentar lagi," kata pegawai bank kepada pemuda itu.
    anda
    mereka
    kami
  • Encik Amir akan ke Kuala Lumpur minggu hadapan kerana dia ada urusan di _______.
    situ
    sana
  • Zaleha dan Ai Wen bersahabat baik. ________ selalu mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
    kami
    kamu
    mereka
  • "Saya tidak berani ke _____ kerana kata orang semak di hadapan itu ada banyak ular," kata Hamid kepada Yusuf.
    sini
    situ
  • "_______ jangan mandi di sungai itu," pesan ibu kepada adik.
    Kamu
    Aku
    Saya
  • "Mengapakah _____ tidak datang ke sekolah semalam?" tanya Raju kepada Haris.
    kami
    anda
    kamu
  • "______ tinggal di Kampung Damai," kata Ain dan Efa kepada Halina.
    Kami
    Kita
    Saya
  • "_________ perlu mengisi borang ini terlebih dahulu," kata kerani sekolah kepada pemohon itu.
    Anda
    Dia
    Kita
  • Bangunan _____ sungguh tinggi.
    itu
    sana
  • "_____________ hendak beli apa?" tanya jurujual kepada gadis itu.
    Beliau
    Saudari
    Hamba
  • Saya dan adik pergi ke kedai buku semalam. ________ ke sana untuk membeli buku rujukan.
    Mereka
    Kami
    Anda
  • Pada musim cuti sekolah, _______ akan balik kampung.
    engkau
    kamu
    kami
  • Cikgu Aziz ialah guru Sekolah Kebangsaan Damansara. _________ seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
    Saudari
    Hamba
    Beliau
  • Encik Zaidi seorang anggota tentera. _______ menjaga keselamatan negara.
    Beliau
    Saya
    Dia
  • "Hafiz, mari _____ sebentar," kata Cikgu Ali kepada muridnya.
    sana
    sini
  • "Janganlah ________ bergembira apabila melihat kesedihan orang lain," kata Lily kepada Suraya.
    dia
    saya
    kamu
  • "________ pulang dahulu," kata Zainal kepada kawan karibnya Azam.
    Aku
    Mereka
    Kami
  • "Hadiah _____ sungguh bermakna bagi saya," kata Mazna sambil memegang hadiah yang diperolehnya.
    ini
    itu
  • "_________ sukacita kerana rakyat jelata hidup aman dan damai," titah sultan dalam Majlis Keputeraan Baginda.
    Tuanku
    Beta
    Baginda
  • "Salleh tolong angkat kerusi ______ ke sini," kata Puan Mastura.
    itu
    ini
  • Azim budak nakal. _______ selalu dimarahi oleh gurunya.
    Dia
    Saya
    Kamu
  • "__________ akan menjunjung titah tuanku," sembah Hang Tuah.
    Hamba
    Patik
    Beliau
  • Kapal terbang _____ bergerak di udara.
    itu
    situ
  • Sultan Nazrin Muizzudin Shah ialah Sultan Perak. ________ seorang sultan yang prihatin.
    Baginda
    Beliau
    Beta